'Arwah kata nak jaga kami dulu sebelum kahwin' - Bapa Prebet Siti Khadijah

Iklan
Sungip menyiram air mawar di pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak Kluang pada Rabu.

KLUANG - Hasrat Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip untuk berbakti dan menjaga kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga kini hanya tinggal kenangan selepas dia terkorban dalam tragedi letupan bom ketika latihan ketenteraan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Selasa.

Bapanya, Sungip Jais, 65, berkata, kata-kata anak bongsunya itu masih segar dalam ingatannya kerana Allahyarham seorang anak yang bertanggungjawab dan penyayang.

Iklan
Iklan

"Sebagai ibu bapa, kami terkilan kerana hasrat itu tidak sempat ditunaikan, namun kami reda dengan ketentuan ALLAH. Dia sanggup berkorban masa demi keluarga dan sentiasa mengutamakan kami," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad

Iklan

Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan

Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban

Iklan

Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian

Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor

Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera

Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan

Kakak dedah perbualan terakhir Prebet Siti Khadijah

'Sejak kecil arwah minat tentera, mahu ikut jejak saya' - Bapa Prebet Siti Khadijah

Menurut bekas anggota tentera itu, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik juga dikenali sebagai seorang yang rajin belajar serta meminati bidang kejuruteraan sejak di bangku sekolah.

Katanya, selepas menamatkan latihan ketenteraan, Siti Khadijah ditempatkan di Taiping, Perak dan kali terakhir pulang melawat keluarga adalah pada bulan lalu.

"Saya menerima panggilan daripada pegawai yang memaklumkan dia terbabit dalam insiden ketika menjalani latihan. Ketika itu saya hanya mampu menerima berita tersebut seadanya kerana tidak berada di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, ibunya, Zaliha Said, 56, tidak dapat menahan kesedihan apabila beberapa kali menyebut"Allahuakbar" ketika menziarahi pusara anaknya.

Dalam keadaan sebak dan hampir rebah, wanita itu terpaksa dipapah suaminya ketika menyiram air bunga di atas pusara Allahyarham.

Allahyarham Prebet Siti Khadijah merupakan graduan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, Batu Pahat dalam jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam (Jalan Raya dan Pengangkutan).