PUTRAJAYA - Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448/2026 di Masjid Putra di sini hari ini.
Pada majlis sama, pakar fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
Iklan
Iklan
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mengurniakan wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan.
Majlis sambutan tahun ini bertemakan ‘MADANI Dihayati, Ummah Diberkati’.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri Datin Ruziah Mohd Tahir serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan. - Bernama