Gempa bumi 6.3 skala Richter landa China

Iklan
Gempa bumi magnitud 5.5 landa utara Laut Maluku, Indonesia pada pagi Jumaat.

XINING (China) - Seorang disahkan maut manakala lapan lagi cedera setakat 11 malam Selasa selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Wilayah Autonomi Mongol dan Tibet Haixi di wilayah Qinghai, barat laut China, menurut pasukan penyelamat, lapor Xinhua.

Mangsa yang cedera telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital, menurut ibu pejabat operasi menyelamat dan bantuan bencana gempa bumi di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ribuan penduduk, pelajar dan guru sekolah rendah, sekolah menengah serta tadika tempatan telah dipindahkan ke lima pusat penempatan sementara yang dilengkapi dengan keperluan asas.

Kawasan-kawasan pelancongan tempatan turut ditutup, manakala para pelancong dipindahkan ke bandar-bandar berhampiran.

Iklan

Sehingga kini, bekalan bantuan daripada kerajaan pusat dan kerajaan tempatan disalurkan ke kawasan terjejas, dengan lebih 1,000 anggota penyelamat serta hampir 200 jentera dikerah ke lokasi.

Gempa berlaku pada 5.06 petang Selasa pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak pada 37.80 darjah utara dan 95.56 darjah timur, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. - Bernama

Iklan