'Arwah selalu makan sikit tapi kali terakhir jumpa saya, dia makan banyak dan sangat berselera' - Ibu Koperal Norazmi
Iklan
Fatimah Ismail, 78, ibu kepada Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar, 40 yang terkorban dalam insiden letupan bom ketika menjalani latihan dekat Lapang Sasar Kem Hobart. Foto Bernama
ALOR SETAR - Koperal Norazmi Abu Bakar, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun, semalam disifatkan sebagai seorang yang tegas, namun sangat menghormati dan sayang kepada ibu bapa dan keluarganya.
Ibu Allahyarham Fatimah Ismail, 78, berkata, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu tidak pernah melawan atau membalas kata-kata apabila ditegur, sebaliknya hanya mendengar dan berdiam diri.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Iklan
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian
Iklan
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera
Mengimbau pertemuan terakhir dengan anaknya itu, Fatimah berkata, sehari sebelum insiden itu, Allahyarham pulang ke rumahnya di Merbok, Sungai Petani kira-kira pukul 11.30 malam dan sempat menjamah nasi dan lauk gulai ikan yang dimasaknya dengan penuh berselera.
Siti Fairuz Mohamed Yusof, 38, tidak menahan kesedihan ketika jenazah suaminya Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra kira-kira 4.30 pagi tadi. Foto Bernama.
"Saya baru hendak tidur masa dia sampai di rumah dan bila tanya kenapa balik, dia kata baru selesai kerja di Gurun dan balik untuk jenguk saya, bapa dan adiknya…dia baru pulang tengok kami tiga hari lepas dan memang tidak nampak sebarang perubahan atau tanda-tanda pelik pada dia.
"Bila saya tanya sama ada sudah makan atau belum, dia kata sudah tetapi lepas itu dia pergi ke dapur untuk makan…selalunya kalau pulang ke rumah dia akan makan sikit sahaja tetapi kali ini dia makan banyak dan selesai makan dia keluar sekejap untuk ke kedai,” katanya.
Fatimah berkata, semasa dia bangun untuk menunaikan solat Subuh, dia bertanya kepada Allahyarham sama ada akan pergi bekerja atau tidak dan arwah ada memintanya untuk mengejutkannya.
"Masa saya kejut, saya pegang badan dia dan masa itu badannya sangat sejuk. Jadi, saya suruh dia bangun bersiap dan sempat menyediakan kopi panas untuknya. Selepas minum, dia salam dan cium saya dan saya sempat berpesan untuk memandu dengan berhati-hati pulang ke kem di Gurun.
"Kebiasaannya, kalau dia hendak bergerak saya akan tengok biasa sahaja tetapi semalam, saya tunggu sampai kereta dia hilang dari pandangan…tak tahu kenapa, saya rasa sayang sangat dekat dia dan rasa perasaan yang berat untuk lepaskan dia,” katanya.
Anggota tentera mengusung jenazah Allahyarham Koperal Norazmi Abu Bakar, 40, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Busyra kira-kira 4.30 pagi tadi. Foto Bernama.
Beliau berkata, dia hanya mengetahui mengenai kematian anaknya itu dari isteri Allahyarham yang menghubunginya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
"Isteri arwah telefon, dia suruh saya banyak bersabar dahulu, lepas itu baru dia maklumkan bahawa arwah sudah tiada...memang terkejut kerana tidak sangka dia pergi dahulu sebelum saya, tetapi ini semua ketentuan Allah,” katanya.
Sementara itu, adik bongsu Allahyarham, Norazrul berkata abangnya seorang yang tegas tetapi sangat baik dan suka bersembang, namun semalam dia banyak berdiam diri semasa berada di rumah dan tidak menyangka itu merupakan kali terakhir dia melihat abangnya.
Fatimah Ismail.
Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, kira-kira 10.57 pagi, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian
Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor
Polis rakam keterangan tujuh individu bantu siasatan insiden letupan anggota tentera
Dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan parah akibat letupan semasa latihan berkenaan.
Kedua-dua anggota telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. - Bernama
Itulah sifat digambarkan Siti Zaiha Sungip, 39, kakak kepada Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, arwah menyertai tentera darat pada tahun lepas selepas tamat pengajian di pertingkat diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784161/berita/semasa/arwah-sangat-kuat-dan-dianugerah-prajurit-muda-wanita-akademik-terbaik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.