Jenazah Koperal Norazmi dikebumi selepas bedah siasat, Prebet Siti Khadijah dibawa pulang ke Johor

Iklan
Siti Fairuz Mohamed Yusof, 38, sebak ketika menunggu proses bedah siasat suaminya, Allahyarham Koperal Norazmi ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB pada Selasa. Foto: Bernama

ALOR SETAR – Jenazah Koperal Norazmi Abu Bakar yang maut akibat letupan semasa Latihan Membaling Grenad di Kem Hobart, Gurun dijangka dikebumikan sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Sepupu mangsa, Sulaiman Mat Saad, 40, berkata, waktu sebenar pengebumian bergantung kepada proses bedah siasat yang dijadualkan bermula pada jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau dimaklumkan proses berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan pengecaman jenazah oleh ahli keluarga selesai.

Dua anggota tentera, Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja maut ketika latihan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad

Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan

Iklan

Suasana di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) susulan insiden letupan bom yang mengorbankan dua anggota tentera ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart. Foto Bernama.

Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban

Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian

Dia berkata, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah anggota daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu akan dibawa ke Masjid Al Busyra Merbok di Sungai Petani untuk urusan pengebumian.

Siti Fairuz Mohamed Yusof, 38 bersama ibu mertuanya, Fatimah Ismail, 78 (kiri) menunggu proses bedah siasat Allahyarham Koperal Norazmi. Foto: Bernama

Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa yang terkorban dalam insiden sama, Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun kira-kira jam 10.57 pagi pada Selasa.

(TDM) mengesahkan berlaku satu insiden semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad.

Dalam kejadian itu, Koperal Norazmi dan Prebet Siti Khadijah mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.

Kedua-dua anggota terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jenazah kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke HSB untuk menjalani proses bedah siasat.