Mesyuarat MPT Bersatu malam ini dijangka bincang kedudukan dalam PN

Iklan
Muhyiddin (tengah) mempengerusikan mesyuarat MPT di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.

PETALING JAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini pada Selasa, bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Hadir sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Iklan
Iklan

Mesyuarat bermula kira-kira jam 8.30 malam itu turut menyampaikan watikah pelantikan kepada empat ketua bahagian.

Muhyiddin menyampaikan watikah pelantikan ketua bahagian baharu sebelum mempengerusikan mesyuarat MPT di Petaling Jaya pada Selasa.

Iklan

Mesyuarat MPT itu dipercayai bagi membincangkan perkembangan semasa politik termasuk kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, setakat ini agenda rasmi belum didedahkan dan satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Iklan