Budak 4 tahun maut terjatuh di taman tema air

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah taman tema air.

SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah taman tema air di sini pada Ahad.

Mangsa dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah taman tema air di sini pada 14 Jun lalu.

"Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Iklan

"Setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhamad Zul Irfan Omar di talian 017-5393648 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.