Kanak-kanak 12 tahun cari ibu kandung

Iklan
Nur Zahirah

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjejaki ibu kandungnya yang telah terpisah sejak berusia dua tahun.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Zahirah Quratu Ain Abdullah, 12, kini dijaga oleh keluarga angkatnya di Kampung Kedai Lalat di sini.

Iklan
Iklan

Bapa angkat, Ismail Abdul Rahman,68, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan ibu kepada Nur Zahirah Quratu Ain yang dikenali sebagai Padadieh Tahang ialah pada tahun 2016 lalu.

"Alamat terakhir yang kami ada ialah di Sabah.

Iklan

"Kami telah berusaha mencari dengan pelbagai cara namun sehingga hari ini gagal ditemui.

"Nombor telefon yang ada juga sudah tidak digunakan lagi," katanya.

Iklan

Menurut dia, orang ramai yang mengenali Padadieh diharap dapat menghubunginya di talian 013-9142710 dan 017-9349574.