RedONE umum bantuan kewangan kepada rakan niaga
Iklan
Ben Teh
SYARIKAT pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) pasca bayar terbesar di Malaysia, redONE mengumumkan Pelan Bantuan Kewangan Komprehensif bagi mengurangkan beban lebih 800 rakan niaganya yang terjejas akibat penularan Covid-19.
Ketua Pegawai Jualannya, Ben Teh berkata, hampir RM3 juta diperuntukkan untuk subsidi sewa dan penangguhan bayaran serta RM10 juta untuk pinjaman.
Iklan
Iklan
"Antara bantuan tersebut ialah kesemua kedai premier eksklusif dan rakan niaga Gold redONE akan menerima subsidi penuh untuk kos sewa kedai dan kios sepanjang PKP.
"Wakil jualan bukan eksklusif menerima subsidi wang tunai RM1,000 yang dibayar melalui ansuran dua kali pada April dan Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Iklan
Menurutnya, ejen individu tanpa premis tetap pula akan menerima subsidi wang tunai satu kali sebanyak RM300 pada April.
"Semua bayaran kepada redONE yang perlu dijelaskan oleh ejen seperti yuran, pembelian telefon dan lain-lain akan ditangguhkan selama 2 bulan sehingga Jun 2020.
Iklan
"Lebih 500 rakan niaga Top redONE dari tahun 2019 diberi perlindungan insurans Kemalangan Peribadi dan Covid-19 bermula 1 April 2020,” katanya.
Selain itu, Ben Teh berkata, redONE juga membenarkan semua rakan niaganya untuk memohon komisen pendahuluan.
"Bergantung kepada pendapatan redONE yang mereka peroleh sekarang, rakan niaga boleh meminjam minimum RM6,000 sehingga RM60,000.
"Bayaran semula bermula pada bulan Ogos dan boleh dibuat selama 24 bulan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>