FIFA tutup kes pegawai VAR

Iklan
Shaun Evans didakwa menunjukkan isyarat white supremacy yang boleh ditafsirkan sebagai simbol ekstremis. Foto Agensi

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak menemui sebarang salah laku membabitkan pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR), Shaun Evans selepas beliau dituduh membuat isyarat tangan yang dikaitkan dengan simbol ketuanan kulit putih.

Badan induk bola sepak dunia itu mengesahkan tiada pelanggaran kod etika ditemui hasil siasatan dijalankan, sekali gus menutup kes berkenaan.

Iklan
Iklan

Kontroversi tercetus apabila rakaman prarakam ketika beliau bertugas dalam perlawanan Jerman menentang Curaçao memaparkan beliau membuat isyarat ‘OK’ menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Isyarat itu sebelum ini dikaitkan dengan simbol kebencian oleh beberapa pihak, sekali gus mengundang kritikan serta gesaan supaya beliau digugurkan daripada kejohanan.

Iklan

Bagaimanapun, Evans menafikan dakwaan itu dan menjelaskan pergerakan berkenaan berlaku tanpa sedar.

“Saya tidak sengaja membuat sebarang isyarat atau simbol untuk menyampaikan mesej, fahaman atau kepercayaan apa pun.

Iklan

"Ia berlaku secara tidak sedar dan saya sendiri tidak menyedarinya ketika itu,” katanya.

Beliau turut menjelaskan pergerakan sama berulang ketika memegang pen, namun menegaskan ia tidak membawa sebarang maksud seperti yang didakwa.

Sementara itu, kumpulan anti-diskriminasi Fare Network sebelum ini menggesa tindakan dikenakan terhadap Evans, dengan mendakwa isyarat itu boleh disalah tafsir sebagai simbol ekstremis.