Anak puteri Mahkota Norway dihukum penjara empat tahun

Iklan
Marius Borg Hoiby

STOCKHOLM - Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit, Marius Borg Hoiby, dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas pelbagai kesalahan jenayah, lapor agensi berita Jerman dpa yang memetik media Norway pada Isnin.

Menurut akhbar Verdens Gang, mahkamah membebaskannya daripada dua daripada empat pertuduhan rogol yang dikenakan terhadapnya. Namun, beliau disabitkan kesalahan bagi dua lagi pertuduhan.

Iklan
Iklan

Laporan turut menyatakan Hoiby turut diperintahkan membayar pampasan kepada empat wanita, termasuk dua bekas teman wanitanya.

Atas faktor kesihatan, Hoiby, yang berdepan kira-kira 40 pertuduhan keseluruhannya tidak hadir secara fizikal ke mahkamah, sebaliknya mengikuti prosiding menerusi pautan video dari penjara.

Iklan

Perbicaraan yang berlangsung dari awal Februari hingga pertengahan Mac itu mengejutkan Norway dan menarik perhatian media antarabangsa.

Hoiby ialah anak tiri kepada Putera Mahkota Haakon, pewaris takhta Norway, namun beliau tidak memegang sebarang gelaran diraja dan bukan anggota rasmi keluarga diraja. - Bernama

Iklan