LONDON - Kanak-kanak di United Kingdom berusia bawah 16 tahun akan dilarang menggunakan media sosial dalam satu langkah yang disifatkan sebagai"detik besar untuk negara," kata Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Isnin.
Starmer mengumumkan sekatan tersebut dalam satu sidang media sambil memberi amaran bahawa media sosial memberi kesan terhadap kebahagiaan serta kesihatan mental kanak-kanak.