Nahas empat maut: Treler hempap kereta terbakar ketika dialih

Iklan
Anggota bomba melakukan.kerja-kerja pemadaman treler yang terbakar ketika proses dialihkan. Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Treler yang menghempap kereta sehingga meragut empat nyawa di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad terbakar ketika proses dialihkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kebakaran dikesan semasa jentera penyodok cuba mengalihkan treler tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kebakaran terjadi selepas semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan.

Empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad. Gambar kecil: Dari kiri, A Halim, Rozita dan Norbahyah. Foto Polis Bentong

Iklan

Terdahulu, empat termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 petang.

Kemalangan dipercayai berpunca treler hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa yang berada di lorong kiri.

Iklan

Semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto Polis Bentong

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.

Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City, A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.