Treler terbabas hempap kereta, pemandu ada 15 rekod saman

Iklan
Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas dihempap treler terbabas di di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Bentong pada Ahad. Foto Polis Bentong

KUANTAN - Kemalangan maut meragut empat nyawa termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai berpunca daripada treler hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit sebelum terbabas dan menghempap kereta mangsa di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Bentong pada Ahad.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan menghantar muatan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Iklan
Iklan

Empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad. Gambar kecil: Dari kiri, A Halim, Rozita dan Norbahyah. Foto Polis Bentong

Menurutnya, semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat.

Yahaya berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Semua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto Polis Bentong

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi melengkapkan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan secara menyeluruh," katanya,

Terdahulu media melaporkan mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Honda City, A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat,1.