Rumah Putih jadi gelanggang UFC sempena hari lahir Trump

Iklan
Acara itu menelan kos kira-kira RM243 juta. Foto Agensi

WASHINGTON - Donald Trump menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-80 pada Ahad dengan menganjurkan pertarungan 'sangkar berdarah' di pekarangan Rumah Putih.

Acara menelan kos kira-kira AS$60 juta (RM243 juta) digelar sebagai UFC Freedom 250 itu menyaksikan 14 bintang Ultimate Fighting Championship bertarung dalam sebuah arena gergasi dinamakan The Claw.

Iklan
Iklan

Difahamkan, ia juga merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-250 Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).

Pengkritik menyifatkan pertarungan ganas di kawasan paling ikonik negara itu sebagai tidak wajar ketika perang dengan Iran yang menyebabkan kos sara hidup dan harga barangan meningkat belum berakhir.

Iklan

Rumah Putih memaklumkan keseluruhan kos penganjuran ditanggung oleh UFC malah Ketua Pegawai Kandungan UFC, Craig Borsari menafikan acara itu mencampurkan unsur sukan dan politik.

Kira-kira 125,000 penonton dijangka menyaksikan acara tersebut menerusi skrin gergasi di kawasan National Mall.

Iklan

Pertunjukan berunsur maskulin itu dipercayai cuba mengalihkan perhatian ramai mengenai tahap kesihatan Trump. - Agensi