PYONGYANG - Korea Utara menegaskan tuntutan menghapuskan senjata nuklear di negara itu ditamatkan dan tidak boleh diubah, kata jurucakap Kementerian Luar Korea Utara dalam kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi, KCNA.
Kenyatan tersebut turut mengutuk perbincangan terkini antara Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan berhubung usaha memperkukuh pencegahan nuklear.