SEPANG - Landasan terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka semula pada 7.40 malam tadi selepas mendapat kelulusan keselamatan akhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
KLIA dalam hantaran Facebook memaklumkan operasi penerbangan di landasan terbabit telah kembali pulih dan kini beroperasi seperti biasa.