Pemilik bangunan robohkan penempatan Rohingya di Hulu Langat

Iklan
Kerja-kerja perobohan sedang giat dilaksanakan.

HULU LANGAT - Perobohan struktur bangunan perkampungan Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat mula dilaksanakan hari ini oleh pemilik tanah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, perobohan bangunan itu bermula dengan struktur di belakang flat tersebut terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Kerja perobohan struktur di kawasan tersebut sedang dilaksanakan oleh pemilik tanah sendiri dan kini berada dalam proses pelaksanaan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Flat warga asing tular dikaitkan dengan etnik Rohingya di Sungai Tekali.

Iklan

Sementara itu, seorang bekas penghuni yang ditemui memaklumkan kerja-kerja perobohan bermula kira-kira jam 9 pagi dan melibatkan beberapa struktur yang telah dikosongkan sebelum ini.

Tinjauan Sinar Harian jam 4 petang mendapati kerja-kerja perobohan sedang giat dijalankan di bahagian belakang bangunan empat tingkat yang sebelum ini didiami warga asing.

Iklan

Perobohan bangunan itu bermula dengan struktur di belakang flat tersebut terlebih dahulu.

Keadaan di lokasi juga didapati lengang apabila bangunan tersebut telah dikosongkan sepenuhnya tanpa kelibat penghuni.

Difahamkan, bangunan empat tingkat yang menjadi perhatian ramai sebelum ini turut dikosongkan sebagai persediaan sebelum proses perobohan dilaksanakan secara berperingkat.

Keadaan di lokasi juga didapati lengang apabila bangunan tersebut telah dikosongkan sepenuhnya tanpa kelibat penghuni.

Sebelum ini, penempatan berkenaan menjadi tumpuan selepas didakwa dihuni ramai warga asing dan dibina tanpa kelulusan di atas sebahagian tanah persendirian serta kawasan rizab kerajaan, sekali gus mencetuskan perhatian pelbagai pihak.