Mayat lelaki ditemukan terapung di bawah jambatan

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Air Puteh berhampiran Jambatan Seberang Tayor, Kemaman.

KEMAMAN - Mayat seorang lelaki ditemukan orang ramai di bawah Jambatan Seberang Tayor di sini pada petang Jumaat.

Mangsa berusia 36 tahun dan dikenal pasti sebagai penduduk tempatan ditemukan terapung​ kira-kira jam 6 petang sebelum maklumat mengenainya disalurkan ke Balai Polis Pasir Gajah.

Iklan
Iklan

​Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mayat mangsa berjaya dibawa naik dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). ​

"Hasil pemeriksaan fizikal ke atas si mati setakat ini mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah dikesan pada tubuh mangsa. ​

Iklan

"Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan selanjutnya dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, ​beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti di kawasan air terutama pada musim hujan.

Iklan