Apakah sah guna wang pinjam ketika akad nikah tunai?

Iklan
SAH akad nikah tunai walaupun suami menggunakan wang pinjaman. Foto Canva

Soalan

Saya meminjam wang ahli keluarga yang kemudiannya dijadikan mahar pada pernikahan. Apakah sah pernikahan saya yang ketika itu menggunakan akad tunai?

Iklan
Iklan

Jawapan

Mas kahwin atau mahar harus diberikan secara tunai ataupun hutang. Ia juga tidak mempunyai kadar minimum dan maksimum.

Iklan

Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, maka ia harus dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat seperti kain, sejadah, wang atau kemahiran.

Jadi akad nikah secara tunai tersebut tetap sah namun dia wajib memberikan mahar kepada isterinya dan wajib juga membayar hutang tersebut apabila tiba tempoh seperti yang dijanjikan.

Iklan