Soalan
Saya mempunyai kawan non-Muslim dan dia jatuh sakit. Apakah boleh saya menziarahinya di hospital dan mendoakannya?
Iklan
Iklan
Jawapan
Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan aspek keharmonian dalam masyarakat dan sejarah membuktikan Nabi Muhammad SAW mempamerkan contoh teladan yang baik dalam membina hubungan harmoni bersama masyarakat Madinah yang terdiri daripada kelompok agama yang berbeza.
Perbuatan menziarahi orang yang sedang sakit merupakan amalan mulia dan melaksanakannya sangat dianjurkan kepada setiap umat Islam.
Orang yang sedang sakit harus diberi motivasi dan kekuatan agar dia sentiasa cekal serta kuat dalam menempuhi penderitaan yang dialami.
Imam An-Nawawi ketika membahaskan hadis ini, beliau menyatakan menziarahi orang bukan Islam yang sedang sakit adalah dibenarkan dan melakukan perkara tersebut dikira sebagai penghormatan kepada kenalan sama ada dia merupakan jiran tetangga atau kawan baik.