PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi membantu kuartet Universiti Auburn memecahkan rekod kolej NCAA acara lari berganti-ganti 4x100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga NCAA di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat pada Rabu.
Kuartet dibarisi Muhammad Azeem bersama Kayinsola Ajayi, Austin Kresley dan Tyler Davis itu mencatat masa 37.75 saat (s) dalam saingan separuh akhir, sekali gus memperbaharui rekod sebelum ini iaitu 37.90s yang dilakukan Universiti Louisiana State (LSU) pada Mei 2023.