ISTANBUL - Ibu pejabat tentera Iran pada awal Khamis mengumumkan penutupan sepenuhnya Selat Hormuz kepada semua kapal susulan ketegangan dan permusuhan yang semakin memuncak di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan Iran, ibu pejabat Khatam al-Anbiya berkata, laluan air strategik itu ditutup kepada semua lalu lintas, termasuk kapal tangki minyak dan kapal komersial, susulan apa yang disifatkannya sebagai ketidakamanan di rantau itu.