Juruterbang didakwa guna lesen palsu kendali 900 penerbangan

Iklan
Suspek didakwa tidak pernah memiliki Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara bagi Pesawat (ATPL-A). - Foto Agensi

OTTAWA - Seorang bekas juruterbang Air Canada berdepan pertuduhan jenayah kerana menerbangkan puluhan ribu penumpang selama hampir 17 tahun menggunakan lesen juruterbang palsu.

Polis Kanada Selasa memaklumkan suspek dikenali sebagai Geoffrey Wall ditahan pada 1 Jun lalu selepas siasatan mendapati dia mengendalikan lebih 900 penerbangan domestik dan antarabangsa pada 2009 hingga 2025 tanpa memperoleh lesen yang diperlukan atau menjalani ujian mandatori.

Iklan
Iklan

"Sepanjang tempoh itu, dia memperoleh gaji lebih AS$2 juta (RM8.14 juta).

"Tindakannya tidak ubah seperti dalam skrip filem," kata Timbalan Ketua Polis Wilayah Peel, Milinovich kata sidang media di Ontario merujuk kepada filem Catch Me If You Can (2002) yang berkisarkan tentang kisah serupa bagaimana watak utamanya berjaya memperdayakan pihak berkuasa untuk menyamar sebagai juruterbang PanAm.

Iklan

Wall dikatakan memiliki lesen untuk menerbangkan pesawat komersial sepanjang 27 tahun kerjayanya bersama Air Canada.

Bagaimanapun, polis mendakwa dia tidak pernah memiliki Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara bagi Pesawat (ATPL-A) iaitu lesen yang diwajibkan apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai kapten pada 2009.

Iklan

“Keadaan ini sama seperti seorang doktor yang mempunyai lesen untuk merawat pesakit am, tetapi melakukan pembedahan otak di kliniknya sendiri,”

“Terdapat syarat tambahan dan peraturan khusus bagi kelayakan profesional yang diwujudkan atas sebab tertentu," jelasnya.

Difahamkan, Wall bersara pada 2025 sebelum siasatan pengawalseliaan dan jenayah di bawah 'Project Icarus' dilancarkan pada Januari lalu. - Agensi