Smotrich dilarang masuk ke Perancis

Iklan
Smotrich secara terang-terangan menyokong pengilhakan Tebing Barat dan penjajahan semula Genting Gaza. Foto Agensi

PARIS - Perancis pada Selasa melarang Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich daripada memasuki negara itu sebagai sebahagian daripada sekatan yang diselaraskan bersama beberapa negara lain susulan insiden keganasan pelampau Yahudi terhadap penduduk Palestin.

Smotrich menjadi menteri kedua dikenakan tindakan tegas selepas Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir juga berdepan larangan serupa pada 23 Mei lalu.

Iklan
Iklan

Perancis turut melaksanakan sekatan itu ke atas empat pemimpin pertubuhan Yahudi dan 21 pelampau Yahudi.

Smotrich secara terang-terangan menyokong pengilhakan Tebing Barat dan penjajahan semula Genting Gaza.

Iklan

Difahamkan, Britain, Australia, Kanada, New Zealand dan Norway sudah pun melaksanakan larangan perjalanan ke atas kedua-dua menteri 'ekstremis' itu pada Jun 2025 kerana menghasut keganasan ke atas penduduk Palestin. - Agensi

 

Iklan