JAKARTA - Nilai rupiah kembali mengukuh selepas bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah secara mengejut pada Selasa sebagai langkah menstabilkan mata wang itu daripada terus merosot berikutan tekanan luaran yang berterusan.
Rupiah meningkat kepada 18,050 berbanding dolar AS sejurus selepas pengumuman kenaikan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata peratusan itu, tiga minggu selepas Bank Indonesia menaikkan kadar dasar sebanyak 50 mata asas.
Iklan
Iklan
Asas ekonomi Indonesia dikatakan kekal kukuh, disokong prestasi eksport yang memberangsangkan, petunjuk makroekonomi yang stabil dan prospek positif daripada rakan dagang antarabangsa walaupun berdepan tekanan luaran yang ketara sehingga menyebabkan nilai rupiah melemah.
Ketahanan ekonomi itu turut disokong oleh data Badan Pusat Statistik (BPS) yang menunjukkan ekonomi Indonesia berkembang 5.61 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026.
Sebagai antara pengeluar baja terbesar di Asia Tenggara, Indonesia terus mengeksport kira-kira 1.5 juta tan urea ke negara-negara serantau, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai pemain utama dalam memastikan kestabilan rantaian bekalan di rantau tersebut. - Agensi