Kerjasama politik Pas demi ummah dan negara, bukan cari keuntungan -Pemuda Pas Pahang
Iklan
Ahmad Azlan
KUANTAN- Kerjasama politik dibina Pas tidak pernah berteraskan kepentingan material atau keuntungan jangka pendek sebagaimana naratif dimainkan segelintir pihak ketika ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar sebaliknya berkata, Pas sentiasa meletakkan maslahat ummah, kestabilan negara serta kepentingan rakyat sebagai pertimbangan utama dalam setiap keputusan politik yang diambil.
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat segelintir pihak khususnya daripada UMNO dan Pakatan Harapan (PH) cuba membina naratif bahawa Pas kehilangan kekuatan politik dan kewangan selepas keputusan Pas Pusat penamatan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.
"Persepsi seperti itu bukan sahaja dangkal, malah gagal memahami asas sebenar perjuangan dan pendekatan politik Pas.
Iklan
"Ketika UMNO berada pada saat paling mencabar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pas tampil menghulurkan tangan melalui pembentukan Muafakat Nasional (MN)
"Langkah tersebut bukan kerana kepentingan politik sempit, tetapi atas kesedaran bahawa penyatuan umat Melayu Islam merupakan keperluan besar ketika itu," katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Iklan
Ahmad Azlan berkata, dalam isu hubungan Pas dan Bersatu, keputusan dibuat Pas itu perlu dilihat dalam kerangka prinsip dan dasar perjuangan parti.
Katanya, Pas sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, namun kerjasama tersebut mestilah dibina atas asas saling menghormati, mematuhi persefahaman yang dipersetujui serta tidak mencabuli prinsip-prinsip asas perjuangan parti.
"Pas bukan sebuah parti yang bergerak berdasarkan emosi atau tekanan politik semasa sebaliknya mempunyai prinsip, dasar dan hala tuju yang jelas.
"Apabila terdapat perkara yang menyentuh atau mengganggu asas-asas tersebut, maka kepimpinan parti bertanggungjawab mengambil langkah yang difikirkan terbaik demi menjaga integriti perjuangan," ujarnya.
Atas sebab itu katanya, keputusan Pas itu bukan tanda kelemahan, sebaliknya menunjukkan ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip walaupun berdepan pelbagai tuduhan dan serangan politik.
Dalam masa yang sama, Ahmad Azlan tegaskan, Pas tetap konsisten dengan agenda penyatuan ummah di mana pintu rundingan dan kerjasama politik sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak.
"Pas tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama politik yang dibina kerana ueuntungan terbesarnya apabila prinsip terus dipertahankan, perjuangan terus diperkasakan dan kepercayaan rakyat terus dipelihara.
"Dalam politik, kekuatan sebenar bukan terletak pada jumlah dana atau kedudukan sementara, tetapi pada kemampuan mempertahankan prinsip ketika berhadapan dengan ujian," katanya.
Kenyataan Ahmad Azlan itu susulan naratif dimainkan setengah pihak mendakwa kerjasama Pas dan Bersatu sebelum ini sebagai persahabatan ada sebab sama ada untuk duit ataupun kelangsungan kerusi dalam parti.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-merta
Pas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu
'Tenang, sabar dulu' - Razali
Tun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.