JOHOR BAHRU - Tengkorak manusia dipercayai milik seorang lelaki dewasa ditemukan di perairan Sedili dekat Kota Tinggi, selepas tersangkut pada pukat ikan milik seorang nelayan tempatan pada 6 Jun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, tengkorak berkenaan dijumpai tekong bot berusia 44 tahun pada kira-kira 3 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis.