Bidan maut dibunuh suami, mayat dicampak dalam parit

Iklan
Murtafia Rafika Dewi ditemui tidak bernyawa dalam keadaan menyayat hati. Foto: Agensi

SITUBONDO - Gara-gara cemburu buta, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya dan membuang jasad mangsa ke dalam parit.

Mayat Murtafia Rafika Dewi, 34, ditemui di saluran air di tepi jalan Desa Kalianget, Kecamatan Banyuglugur, Kabupaten Situbondo di pantai utara Jawa Timur di Indonesia.

Iklan
Iklan

Kasat Rekrim Polres Situbondo, AKP Selimat berkata, pelaku dikenali sebagai R telah menyerah diri.

Dia mengaku menggunakan batu untuk memukul kepala mangsa berkali-kali yang bekerja sebagai bidan di RSU Besuki.

Iklan

"Kami berjaya mengumpulkan beberapa barang bukti untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Proses autopsi jasad korban telah dilakukan oleh pasukan forensik rumah sakit Abdoer Rachem Situbondo.

Iklan

Insiden penemuan mayatnya dalam keadaan menyayat hati turut meraih perhatian masyarakat setempat, malah pemergiannya meninggalkan kesan mendalam kepada kakitangan RSU Besuki. - Agensi