15 maut, lebih 130 cedera dalam gempa bumi 7.8 magnitud di selatan Filipina

Iklan
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah Sarangani di selatan Filipina pagi Isnin.

MANILA - Seramai 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda wilayah Sarangani di selatan Filipina pagi Isnin, kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Rodrigo Sosmena, pengarah pejabat pertahanan awam tempatan berkata, 12 kematian termasuk tiga mangsa di wilayah Sarangani dan sembilan di wilayah Cotabato Selatan termasuk tujuh di General Santos, sebuah bandar dengan penduduk kira-kira 700,000.

Iklan
Iklan

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina, pihaknya sedang mengesahkan laporan tiga orang turut maut di wilayah Davao Occidental.

Polis Negara Filipina dalam laporan berasingan memaklumkan seramai 134 orang mengalami kecederaan.

Iklan

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. gempa bumi tektonik berlaku pada jam 7:37 pagi waktu tempatan pada kedalaman 33 kilometer (km), dengan pusat gempa 32 km barat daya pantai bandar Maasim di wilayah Sarangani di Pulau Mindanao.

Institut itu memaklumkan ombak tertinggi dicatatkan mencecah 1.4 meter. Media tempatan melaporkan beberapa bangunan runtuh dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Iklan

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran.

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan usaha tindak balas dan pemantauan bencana di seluruh kawasan terjejas serta menggesa penduduk berpindah ke tempat yang lebih tinggi untuk pengungsian.

Filipina mengalami aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, zon sempadan plat tektonik utama yang terkenal dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi. - Bernama/Xinhua