KUALA LUMPUR - Nasihat tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Sabah telah ditamatkan.
"Nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi, 8 Jun 2026 ditamatkan pada 12 tengah hari, 8 Jun 2026,” menurut MetMalaysia dalam hantaran di Facebook.