JAKARTA – Spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet yang lebih besar kembali hangat diperkatakan apabila Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, melantik beberapa pegawai baharu dalam pentadbirannya pada Ahad.
Perkembangan itu berlaku susulan pemecatan beberapa pegawai yang dikaitkan dengan skandal rasuah serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prestasi ekonomi negara, termasuk kejatuhan nilai rupiah.