PM bimbang warga asing salah guna visa jejas peluang pekerjaan tempatan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan visa pelawat dan pelajar untuk menjalankan perniagaan di negara ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari ancaman ditimbulkan segelintir warga asing yang memasuki negara ini menggunakan visa pelawat atau pelancong, namun menjalankan aktiviti perniagaan termasuk dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Iklan
Iklan
Anwar berkata, keadaan itu kadangkala menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah.
Iklan
Anwar berkata, terdapat warga asing menggunakan lesen dan permit milik rakyat tempatan untuk menjalankan perniagaan, selain ada mendaftarkan perniagaan secara sah tetapi mendapatkan bekalan barangan serta tenaga kerja dari negara asal mereka, sekali gus menjejaskan kepentingan penduduk tempatan.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan kementerian dan agensi berkaitan mengambil tindakan tegas serta menyeluruh bagi membanteras aktiviti perniagaan haram yang dijalankan warga asing.
Iklan
Beliau berkata, langkah dicadangkan perlu dilaksanakan segera dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).
Perdana Menteri berkata, BNM dan MCMC perlu meneliti platform e-dagang dan aliran kewangan termasuk unsur pengubahan wang haram, manakala KPDN dan PBT perlu menyemak pematuhan perniagaan yang terlibat.
"LHDN dan Kastam memastikan cukai dibayar sepenuhnya (manakala) Imigresen penguatkuasaan daripada penyalahgunaan pas. Jadi ini kerjasama semua badan penguatkuasaan," katanya.
Selain itu, Anwar mahu kerjasama diperkukuh dengan dewan perniagaan serta persatuan penjaja dan peniaga bagi menangani isu kebanjiran perniagaan haram yang dikendalikan warga asing.
"Saya tekankan ini kerana ada timbul keresahan agak meluas di seluruh negara dan saya harap tindakan berkesan itu bukan hanya penguatkuasaan satu jalur, hal-hal yang sebegini menuntut kita buat tindakan bersepadu oleh semua agensi terlibat," katanya.- Bernama
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.