Ketagih permainan dalam talian, remaja tikam bapa, kakak hingga maut

Iklan
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian. Foto Agensi

BENGALURU - Hanya kerana pertikaian yang dipercayai berpunca daripada permainan dalam talian, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun didakwa bertindak di luar kawalan apabila menikam bapa, ibu dan kakaknya ketika mereka sedang tidur dalam satu kejadian tragis di daerah Koppal, Karnataka, India pada malam Sabtu.

Dalam kejadian itu, bapa dan kakak remaja berkenaan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, manakala ibunya kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.

Iklan
Iklan

Menurut polis, mangsa yang maut dikenali sebagai Venkat Naidu, 45, dan anak perempuannya, Pragathi, 19.

Isteri Venkat, Soujanya, pula mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan leher.

Iklan

Siasatan awal mendapati keluarga tersebut sedang tidur di rumah mereka di Kampung Hosa Ayodhya selepas makan malam bersama sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam.

Bapa kepada Venkat, Tatarao, memaklumkan bahawa dia terdengar bunyi bising dan jeritan dari bilik anaknya sebelum meminta bantuan jiran apabila gagal membuka pintu bilik berkenaan.

Iklan

Sebaik pintu dibuka, mereka menemui Venkat, Soujanya dan Pragathi berlumuran darah akibat ditikam.

Pragathi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Venkat meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Dalam laporan polis yang dibuat, Tatarao mengesyaki cucunya, Sai Venkat Manideep, sebagai pelaku serangan tersebut.

Beliau mendakwa remaja itu secara tiba-tiba bertindak agresif, mengambil pisau di dalam rumah dan menyerang kakak serta kedua-dua ibu bapanya sebelum turut mencederakan dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Koppal, Dr Ram L Arasiddi berkata, maklumat awal menunjukkan kejadian itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga.

Menurut beliau, mangsa yang terselamat memaklumkan bahawa suspek dipercayai memadamkan lampu sebelum menyerang ahli keluarganya ketika mereka sedang tidur.

Remaja itu kini menerima rawatan di hospital yang sama bersama ibunya.

Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.