JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua arah utara, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Saifullah Jaya @ Yahaya berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori yang mengalami kerosakan.