MOSTI terima maklumat awal penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah

Iklan
MOSTI melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis (4 Jun).

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis (4 Jun).

MOSTI menerusi satu kenyataan pada Ahad memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

MOSTI menasihati orang awam agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e-mel kepada bpadg@mosti.gov.my.

Iklan
Iklan

Selain itu, kementerian tersebut juga menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi manakala sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan. - Bernama