BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan kembali ke bandar yang menjadi tempat perlindungannya sepanjang 15 tahun hidup dalam buangan berikutan pengaruh politiknya di tanah air semakin merosot.
Thaksin, 76, dilaporkan merancang berhijrah ke Dubai selepas menerima pengampunan diraja yang menghapuskan baki hukuman penjaranya, sekali gus membebaskan beliau daripada sekatan perjalanan yang dikenakan sejak kepulangannya ke tanah air pada 2023.