Ketua Dewan Ulama Pas Perlis dilantik penyelaras DUN, Ketua Muslimat jadi SUA MB
Iklan
Ahmad Adnan (kiri) dilantik Penyelaras DUN Guar Sanji manakala Husna (kanan) sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.
KANGAR – Kerajaan Perlis mengumumkan pelantikan tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu bagi kawasan Guar Sanji, Bintong dan Chuping susulan kekosongan luar jangka yang berlaku di tiga kerusi berkenaan.
Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil dilantik sebagai Penyelaras DUN Guar Sanji, manakala Timbalan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kangar, Jamil Kamis dilantik sebagai Penyelaras DUN Bintong.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Padang Besar, Abdul Aziz Ahmad pula diberi tanggungjawab sebagai Penyelaras DUN Chuping.
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pelantikan Ketua Dewan Muslimat Pas Perlis, Husna Hashim sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar.
Iklan
“Dengan sukacitanya, saya ingin umumkan pelantikan Husna Hashim sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.
“Kedua, untuk Penyelaras DUN Bintong, Jamil Kamis, untuk Penyelaras DUN Chuping saya umumkan Abdul Aziz Ahmad dan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil pula Penyelaras DUN Guar Sanji,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Jumaat.
Iklan
Sebelum ini, tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) digugurkan keahlian parti selepas didakwa menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang menyatakan penolakan sokongan terhadap bekas Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Susulan itu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka bagi ketiga-tiga kerusi berkenaan selepas keahlian Pas ADUN terbabit terhenti.
Kemelut politik tersebut turut menyaksikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail memperkenankan pelantikan Abu Bakar sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Mohd Shukri.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.