Bolehkah ambil keratan, anak pokok di tepi jalan?

Iklan
HARAM untuk mengambil pokok di tepi jalan sebelum mendapat keizinan pemiliknya. Foto Canva

Soalan

Apabila melancong ke suatu kawasan, saya melihat pokok-pokok yang sangat cantik berada di tepi jalan. Apakah hukum mengambil sedikit pokok-pokok tersebut?

Iklan
Iklan

Jawapan

Hukum asal mengambil atau mengerat ranting atau anak pokok di tepi jalan atau taman walaupun sedikit dikategorikan sebagai haram kerana ia merupakan milik orang lain kecuali sudah mendapat keizinan daripadanya.

Iklan

Ini kerana ia termasuk dalam kategori mengambil atau memakan harta orang lain secara batil (salah) yang telah diharamkan ALLAH SWT melalui firman-NYA: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) dalam kalangan kamu dengan jalan salah.” (Surah al-Baqarah: 188)

Namun berasaskan kepada sifat warak seorang Muslim, adalah lebih baik untuk tidak mengambil dan memakan hasil pokok tersebut kecuali telah diketahui secara pasti bahawa jiran atau tuan tanah tersebut sememangnya seorang yang baik hati.

Iklan

Boleh juga kita terus meminta izin daripada pemilik atau orang yang menguruskannya.

Perkara ini termasuklah pokok-pokok dalam tanah milik kerajaan atau rizab yang telah ditentukan, maka sebaik-baiknya mendapat keizinan terlebih dahulu.