AS kenakan sekatan terhadap Presiden Cuba

Iklan
Miguel Diaz-Canel - Foto: AFP

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengenakan sekatan terhadap Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel serta beberapa individu dan entiti lain, dalam usaha meningkatkan tekanan terhadap negara itu, lapor Xinhua.

Jabatan Perbendaharaan AS menambah Diaz-Canel, empat individu lain dan lima entiti, termasuk Kementerian Angkatan Bersenjata Revolusi Cuba ke dalam Senarai Warganegara yang Ditetapkan Khas, menurut kemas kini yang disiarkan di laman sesawang jabatan itu.

Iklan
Iklan

Diaz-Canel, 66, menggantikan Raul Castro sebagai Presiden Cuba pada 2018.

Pada Mei, kerajaan AS mengenakan sekatan terhadap 11 pegawai Cuba dan mendakwa Raul Castro berhubung insiden pada 1996 yang melibatkan pelarian Cuba. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan