IPOH - Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Rapat Setia Baru, di sini selepas rakaman kejadian itu tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi, Isnin di sebuah restoran di kawasan Bercham.