Percutian keluarga berakhir tragedi, peniaga buah lemas di Air Terjun Belukar Bukit
Iklan
Keadaan di lokasi kejadian sebaik mangsa ditemukan lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, di Hulu Terengganu pada Khamis. Gambar kecil: Muhammad Zahari
HULU TERENGGANU – Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas ketika mandi-manda di Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, di sini pada petang Khamis.
​Mangsa, Muhammad Zahari Mohd Zain, 26, yang berasal dari Kampung Kelulut, Marang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.
Iklan
Iklan
​Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan datang ke pusat rekreasi tersebut untuk meluangkan masa bersama kira-kira 20 ahli keluarganya.
​"Bagaimanapun, hanya lima orang sahaja yang mandi bersama-sama mangsa, manakala ahli keluarga yang lain serta pengunjung di situ berada di atas daratan," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Iklan
​Beliau berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menerima maklumat mengenai kejadian menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam pada jam 4.22 petang sebelum mengerahkan pasukan keselamatan ke lokasi.
"Bilik Gerakan IPD berjaya menghubungi sepupu mangsa pada jam 5 petang bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden berkenaan.
Iklan
​"Sepupu mangsa memaklumkan bahawa mangsa telah pun berjaya ditemui oleh orang awam di kawasan sekitar, namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.
​Beliau berkata, petugas kesihatan bersama ambulans daripada Hospital Kuala Berang turut dikejarkan ke lokasi tersebut bagi memberikan bantuan kecemasan.
​Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia pada jam 5.49 petang oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Berang, Dr Rabiatul Adawiyah Din.
​"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Berang menggunakan kenderaan polis pada jam 6 petang untuk tindakan lanjut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>