MOSCOW - Jumlah kes jangkitan hantavirus meningkat kepada 13 kes selepas pihak berkuasa Sepanyol melaporkan satu kes baharu dalam kalangan penumpang kapal persiaran MV Hondius yang kini dikuarantin, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Tiada kematian baharu dilaporkan sejak 2 Mei. Jumlah keseluruhan kematian kekal tiga orang daripada 13 kes yang dilaporkan setakat ini. Situasi dilaporkan kekal stabil. Penumpang yang jatuh sakit sedang menerima rawatan yang diperlukan, manakala yang lain masih berada dalam kuarantin," tulis Ghebreyesus di platform X.