Zahid ajak umat Islam manfaat Hari Arafah dengan memperbanyak doa
Iklan
Ahmad Zahid. Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh umat Islam untuk memanfaatkan Hari Arafah esok, dengan memperbanyak doa dan amal ibadat demi meraih keampunan dan rahmat daripada ALLAH SWT.
"Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.
Iklan
Iklan
"Marilah kita memperbanyak doa, zikir, istighfar dan amalan kebaikan, mudah-mudahan ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan ketenangan dan rahmat dalam kehidupan,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menitipkan doa buat jemaah haji yang sedang berada di Tanah Suci, agar segala ibadah mereka dipermudah dan memperoleh haji yang mabrur.
Iklan
Bagi yang pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha pula, beliau mendoakan agar perjalanan mereka sentiasa selamat dan dipelihara ALLAH SWT.
"Semoga ia menjadi titik untuk kita terus memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Insya-ALLAH,” katanya.
Iklan
Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah setiap tahun merupakan hari yang penting dalam Islam, kerana ia menandakan kemuncak ibadah haji, iaitu waktu jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul untuk berwukuf di Padang Arafah. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>