Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami

Iklan
Haszman Othman, 61, hadir di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk mengikuti perkembangan insiden kehilangan Isterinya Jaslinda Saludin, 49, di Surau At Taqwa, Kuarters TNB Batu 7, Kuala Woh pada Isnin. Foto Bernama.

TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.

Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung.

Iklan
Iklan

Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya.

Laporan Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

"Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing. Saya sekarang tengah bimbang sebab isteri masih belum dijumpai dan operasi mencarinya masih giat dijalankan," katanya.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Iklan

Beliau dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi semalam. - Bernama