Perjanjian damai AS-Iran dibayangi tuntutan mengarut Trump

Iklan
Pemimpin Republikan itu kembali dengan idea tak masuk akal demi kepentingan sekutu kuatnya, Israel.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa mengenakan syarat kepada pemimpin negara-negara Arab dan Islam supaya menjalinkan hubungan rasmi dengan Israel sebagai pertukaran dengan perjanjian damai untuk menamatkan perang dengan Iran.

Laporan Axios memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan Trump membuat permintaan mengarut itu ketika perbualan telefon bersama pemimpin Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Pakistan, Turkiye, Mesir, Jordan dan Bahrain pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber itu, kesemua lapan pemimpin menyatakan sokongan terhadap potensi kesepakatan yang akan dicapai setelah rundingan mengenai cadangan terbaharu dikemukakan Teheran menerusi memorandum persefahaman (MoU) 14 perkara menunjukkan kemajuan positif.

"Trump berharap untuk melakukan panggilan bersama kumpulan itu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada masa akan datang untuk merealisasikan cadangannya," ujar sumber itu lagi.

Iklan

Pemimpin Republikan itu dilihat cuba menghidupkan semula Perjanjian Abraham hasil usaha pentadbirannya pada penggal pertama di Rumah Putih yang menyaksikan Tel Aviv menormalisasikan hubungan dengan beberapa negara Arab.

"Permintaan mengejut Trump menyebabkan suasana di talian menjadi sunyi secara tiba-tiba kerana kesemua pemimpin tersebut hilang kata-kata untuk memberi sebarang respons. Beliau kemudiannya cuba berjenaka dengan bertanya sama ada talian sudah terputus," menurut sumber tersebut.

Iklan

Sehingga kini, Riyadh, Doha dan Islamabad tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik rasmi dengan Israel.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio memaklumkan satu perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran mungkin dapat dicapai dalam masa terdekat meskipun Trump sekali lagi bermain tarik tali apabila cuba melengahkan proses tersebut. - Agensi