Ginjal tidak pernah ‘korup’, perlu jadi tauladan manusia
Iklan
Siti Mona
SHAH ALAM – Dalam dunia hari ini yang semakin hilang nilai amanah dan integriti, manusia sepatutnya belajar daripada sifat ginjal yang bekerja dengan jujur, menjaga amanah, tidak mengambil hak orang lain serta tetap patuh kepada aturan fitrah ditetapkan ALLAH.
Bioperubatan dari Indonesia, Dr Siti Mona Amelian Lestari berkata, ginjal adalah antara organ paling penting dalam tubuh manusia yang bekerja tanpa henti menapis darah, membuang bahan toksik dan memastikan tubuh kekal seimbang setiap hari.
Iklan
Iklan
“Fungsi saintifik itu sebenarnya ada nilai kehidupan yang sangat besar boleh dipelajari daripada sifat ginjal.
"Dalam kehidupan, ramai manusia sukar membezakan antara hak dan bukan hak. Ada yang mengambil perkara yang tidak sepatutnya, mempertahankan keburukan dan melepaskan amanah yang wajib dijaga. Tetapi ginjal tidak begitu. Ia menjalankan tugas dengan jujur dan tepat mengikut fungsi yang telah ditetapkan ALLAH," katanya kepada Rasuah Busters.
Iklan
Tambah Siti Mona, ginjal bersifat menyingkirkan apa yang merosakkan tubuh dan mengekalkan nutrisi yang memberi manfaat.
Ujarnya, lebih menarik sekiranya ginjal rosak atau gagal berfungsi, itu bukan kerana ia sengaja mengabaikan tanggungjawabnya.
Iklan
"Sebaliknya, ia berlaku kerana ginjal sudah terlalu lama bekerja keras sehingga tidak mampu lagi menjalankan tugasnya dengan baik. Tambahan pula apabila manusia sendiri gagal menjaga hak kesihatan organ tersebut.
"Ini memberi satu pengajaran besar setiap amanah juga memerlukan penjagaan. Organ dalam tubuh manusia mempunyai hak untuk diberi nutrisi baik, rehat yang cukup dan penjagaan kesihatan sepatutnya," katanya.
Ujar beliau, ginjal juga mengajar manusia tentang sifat tidak mudah berputus asa.
"Selagi masih mampu, ia akan terus bekerja siang dan malam demi memastikan tubuh manusia terus hidup dengan baik. Tanpa suara, tanpa pujian dan tanpa meminta penghargaan.
"Manusia kadangkala terlalu menyimpan perkara yang sepatutnya dibuang seperti dendam, sifat tamak, ego dan kebencian. Sedangkan perkara-perkara itulah yang akhirnya merosakkan jiwa dan kehidupan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>