Budak perempuan 10 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam tangki air

Iklan
Insiden terbaharu kekejaman ke atas kanak-kanak perempuan yang dibunuh dan mayatnya dibuang dalam tangki air mencetuskan gelombang protes di India. Foto Agensi

CHENNAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dibunuh dengan kejam oleh pekerja buruh selepas diculik dalam kejadian yang mencetuskan gelombang protes di India pada Sabtu.

Media tempatan melaporkan mangsa dilaporkan hilang pada Khamis lalu ketika sedang bermain di kawasan berhampiran rumahnya.

Iklan
Iklan

Ibu bapa kepada kanak-kanak itu kemudiannya membuat aduan tentang kehilangan mangsa yang membawa kepada penemuan mayatnya dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah tangki air.

Ketua Polis untuk zon barat di Tamil Nadu, RV Ramya berkata, siasatan ke atas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek utama, Karthik, 33, yang juga jiran mangsa membawa kanak-kanak itu bersamanya.

Iklan

Rakan subahatnya, Mohanraj, 33, turut dinamakan sebagai suspek.

"Laporan post-mortem mengesahkan mangsa didera secara seksual dan kes itu diklasifikasikan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).

Iklan

"Dalam tempoh 24 jam, kami berjaya memberkas pelaku," ujar Ramya lagi.

Insiden itu turut membangkitkan kemarahan orang ramai yang mengadakan demonstrasi menuntut hukuman berat terhadap suspek dan tindakan segera daripada pihak berkuasa.

Pada mulanya, ibu mangsa enggan menerima jasad anaknya yang diserahkan dari rumah mayat selagi Ketua Menteri tidak memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan untuk mereka.

Pejabat Ketua Menteri Tamil Nadu hanya memberikan maklum balas beberapa jam kemudian, selepas parti pembangkang mengkritik peningkatan ancaman terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di New Delhi. - Agensi