'Kami rancang nak pulang sambut hari raya korban di Kelantan esok' - Ibu mangsa lemas

Iklan
Pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa lemas ketika mandi bersama empat rakan mereka di Sungai Beril. Foto Bernama

DUNGUN - Dua beradik, Muhammad Amir Ashraf Mohd Zul-Zunaidi, 15, dan Muhammad Aidil Amsyar, 14, yang lemas ketika mandi di Sungai Beril berhampiran Taman Beril, Paka di sini sepatutnya pulang ke kampung bersama keluarga untuk menyambut Aidiladha di rumah nenek mereka, esok.

Ibu mangsa, Siti Nurfitriah Hasan, 35, berkata, dia bersama suami, Mohd Zul-Zunaidi Mohd Baldin, 40, dan keluarga merancang untuk pulang ke kampung halaman suaminya di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada petang esok bagi menyambut Aidiladha.  

Iklan
Iklan

Dua beradik tersebut dilaporkan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka yang terselamat, Muhammad Farish Iqbal Cik Mohanarunasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15, dalam kejadian pada 10.56 pagi tadi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik lemas: Mayat abang ditemukan di dasar sungai

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Aidil berpaut pada abangnya, genggaman saya terlepas...' - Rakan mangsa lemas

Mayat Muhammad Amir Ashraf telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 3.47 petang, manakala Muhammad Aidil Amsyar masih belum ditemukan dan operasi SAR diteruskan pada petang tadi.

Iklan

Siti Nurfitriah berkata, dia tidak menyangka dua anaknya itu pergi mandi di sungai tersebut kerana mereka memaklumkan ingin pergi makan roti canai di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

Dia berkata, sungai berkenaan terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka di Kampung Kolam di sini.

"Saya hanya mengetahui kejadian yang menimpa dua anak lelaki saya itu selepas dimaklumkan oleh jiran kira-kira 11 pagi tadi,” katanya. - Bernama