'Parti Bersama akan senasib dengan Pejuang' - Penganalisis politik
Iklan
Mashitah berkata, politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.
KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, hal ini kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.
Iklan
Iklan
Jelasnya, pengundi biasanya menilai sesebuah parti berdasarkan ideologi, jentera akar umbi dan kerja nyata di kawasan, bukan kerana populariti tokoh di media sosial.
“Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA, tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada PRU15.
Iklan
“Calon-calon Parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat. Jika nama sebesar Mahathir pun boleh ditolak mentah-mentah oleh pengundi, apatah lagi Rafizi,” katanya hari ini.
Mashitah berkata, Rafizi hanya menjadi Menteri Ekonomi kurang daripada tiga tahun dan tidak mempunyai jasa serta legasi besar seperti rekod pembangunan fizikal di mana-mana kawasan.
Iklan
Katanya, pengaruh beliau tertumpu di kawasan bandar besar seperti Pandan dan Setiawangsa sahaja, tetapi itu tidak cukup untuk menang di peringkat nasional.
“Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen dan untuk menang, sesebuah parti perlu menembusi Felda, kawasan pedalaman dan kawasan luar bandar yang langsung tidak terkesan dengan wacana idealisme bandar.
“Pengundi luar bandar tidak mengundi kerana debat Twitter atau pendedahan skandal. Mereka mengundi kerana bantuan sara hidup, projek jalan raya, elektrik dan air serta kehadiran pemimpin di majlis kenduri.
“Populariti dalam kalangan anak muda juga tidak bermakna jika kadar keluar mengundi mereka rendah,” katanya.
Beliau berkata, parti berasaskan ideologi seperti DAP dan Pas kekal relevan kerana mempunyai jentera dan identiti yang jelas, manakala parti berasaskan personaliti seperti Semangat 46 dan Pejuang semuanya tenggelam selepas satu atau dua pilihan raya.
Katanya, tanpa struktur parti dan naratif yang lebih daripada sekadar anti-establishment, Parti Bersama juga akan berakhir sebagai parti yang sekadar boleh membuat bising di media sosial atau ceramah sahaja, tetapi gagal memberi impak di Parlimen.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.